Wednesday, May 26, 2010

Terima kasih otai2 ayam

 Salam,
           Sebenarnya sejak sya menerjunkan diri dalam bidang ternakan ayam ni,jadual hidup harian saya byk berubah..jadi penuh pulak jadual,pg kerja..ptg pulak kerja lg ngan ayam2..hehe.walaupun penat dan masa yg ada terasa terlalu singkat tapi semua tu rasa terbayar bila apa yang diusahakan selama ni dah mula nak mengeluarkan bunga2 hasil,belum keluar buah lg.hehee.betul la  cakap otai2 kita yang dah lama dalam bidang ni,sebelum kita terjun dalam reban ayam...bukan reban ar,maksud sya terjun dalam bidang ternakan ayam ni,tak kira ar ayam kampung ori atau kacuk..kita kena kenal dulu diri sendiri,apakah sanggup untuk menghadapi dugaan yang bakal kita redah di hadapan..bersediakah mental dan fizikal kita untuk menjadi penternak ayam? sekarang baru saya faham semua tu,tak semudah yang dirancangkan..namun berpantang undur sebelum kalah..cewahhh...
        Hari sabtu lepas sya dikunjungi kenalan baru,kira otai jugak lah bro kita ni..pg2 buta terima sms cakap dah ada kat area tempat sya,terkejut beruk jugak ar,tiba2 cakap dah sampai kan,tak ada lak inform apa2 sebelum tu..heehe sebenarnya terkejut campur dgn segan sebab saya ada janji pasal ayam dengan dia sebelum ni,tp bekalan tak berapa nak cukup lg.Takut jugak kena marah kan..tapi kawan kita ni cukup baik orangnye..nasib baik dia dah kutip ayam2 kat tempat lain dulu.kalu tak malu jugak sya..borak2 dengan otai kita ni,banyak jugak ar ilmu yang saya dapat..terima kasih bebanyak bro,kalau sudi biz datang lah lagi lain kali.heehe,gurau2 je bro..Alhamdullilah syukur,setelah saya ceritakan masalah  penyakit anak2 ayam saya ramai otai2 yang  sudi membantu dan memberi kaedah2 yang sepatutnya untuk penjagaan anak2 ayam ni..ilmu ni takkan dapat kalau tak kerana jaringan blog ni..apa yang di terima telah di pratikan,harap2 dapatlah membantu sedikit sebanyak mengurangkan kadar kematian anak2 ayam tu..Semalam sya terus jd doktor haiwan yg tak di iktirf..hehe.he, habis ayam2 sya suntik vaksin,tak leh nak buat keja tu sorang2..mana nak tangkap ayam,nak suntik ayam lagi terpaksa ar ajak member bantu sorang,nasib ar mamat tu free,kalu tak letih lah nak buat semua tu.Petang lak buat lagi satu reban kecik (broder untuk anak ayam yg sakit )..bukan main penat lagi sampai tak sedar rupanya belum makan tenghari lg..kuat sangat kerja nya..heehe..selang kurang lebih 3 jam lepas saya inject  anak2 tu,.saya bagi plak Neo TM macam yang saudara epul cakap tu,anak2 ayam yg nampak kurang seronok di pandang tu terus saya kurantim dalam broder suku kat luar reban,asingkan jauh sikit ngan yg lain takut jangkit lagi..lepas saya buat semua tu,alhamdullilah dah nampak banyak perubahan sikit,kurang sikit yg mati..bru lega sikit rasanya.terima kasih bebanyak abg epul..harap2 lepas byk lg ar ilmu yng sudi dicurahkan,semoga ilmu yg di berikankan dapat dimanfaat oleh semua penternak2 lain..
                                                                                    

Friday, May 21, 2010

Dugaan....

   Salam buat semua bloger2 ayam kampung..dah lama sya tak update blog ni,bukan tak nak update sebenarnya..maklumlah orang baru kan jadi tak tahu apa yang nak di ceritakan .tapi syukur alhhamdullilah sebab bila saya buka blog ada ramai juga yg sudi mengikuti perkembangan dan tak kurang juga yang memberi kata perangsang untuk saya terus maju lg dalam bidang ternakan ayam kampung ni,terima kasih banyak semua.dalam saya duk tengok blog2 otai2 yang dah lama ni kan,..best2 je post masing2,teringin jugak nk jadikan blog saya ni satu laman yang tak menjemukan pengunjung  yang membacanya..tapi bila nk start create je kepala mula pusing2 cari idea tak datang2..hehe,masa sekolah dulu suka sangat buat karangan,tapi sekarang ni hampeh.agaknya sebab dah lama sangat tak berkarya kot (hehe..konon ar tu).lagi pun saya ni bukan ulat buku yang duk melekat je ngan buku,tak minat sangat.
  sebenarya ada cerita yang ingin saya kongsikan ni,dan saya amat berharap lah bantuan drpd otai2 yang mungkin dah menempuh dugaan yang saya tgh hadapi skarang ni, masalah pertama saya kematian anak2 ayam kesayangan sya dah berusia lingkungan sebulan lebih akibat penyakit yang saya sendiri buntu..yelah orang baru kan,mana lah taahu sangat pasal penyakit2 ayam ni.mula2 anak2 ayam ni monyok je,pastu mata start berair..sya pun pergi klinik veterinar dia cakap anak2 ayam tu kena resdung.saya bagi ayam2 minum ubat resdung..siap suap sekor2 lg tu guna shring.pastu ada sekor dua yang mata mula membengkak dan ada yang selamat jalan pun.esoknya pulak makin byak yang mati,saya dah start gelabah..ye ar apa tak nya,sayang tu..bukan dapat free anak2 ayam tu.pening dah kepala otak ni tak tahu nak buat mcm mana lg sebab makin banyak yang mati ni..reban saya dah bersih semua,tak jadi apa jgak..dalam duk termenung pikir2 apa yang patut dan perlu di buat ni,ada la sorang member call,kira otai jugak ar dia ni..sya pun cerita masalah anak2 ayam sya ni.dia cakap mungkin anak2 ayam ni terkena serangan hama,sebab anak ayam punya antibodi tak kuat lg tuk nak lawan penyakit ni..bila sya pikir2 mungkin ada betul jugak apa yang member cakap tu sebab kebelakangan ni saya duk perhati banyak hama kat reban sya..mungkin di sebabkan oleh ibu2 yang kena penyakit  gila mengerang kot,sebab sebelum ni tak ada...tp bila sentuh je ibu2 yang gila mengerang tu..haa tu dia merayap2 hama tu kat tangan sya..sya pun start operasi bersepadu membersihkan reban ayam dan memasukkan ibu2 yang gila mengerang tadi ke pusat pemulihan..hehe.dengan kotak2 telur skali sya tanggalkan.
Oleh tu sya harap  teman2 yg kat luar tu sudi membantu sya menyelesaikan masalah sya ni..bagi ar tips2 kalau ada kan..mana tau dapat selesaikan masalah penyakit anak ayam dan hama ni kan. 



Saturday, May 15, 2010

Sebulan yang berlalu......

 Tima kasih ar pada smua yg sudi jenguk blog aku yg serba kekurangan ni hee..he..bila aku duk termenung kat reban petang2,terfikir jugak kat kepala ni bertapa jauhnye aku ketinggalan ngan penternak2 lain yg dah advance..aku pulak baru nk belajar ternak..tp ada bagusnye jugak kurang2 dpt lah aku timba ilmu dari otai2 yang dah pro ni..skrang ni bru aku tahu susah payah nk bela ayam kampung ni. mula2 ingat nk main suka2 je petang2,skarang dah timbul semangat lain plak....ye ar apa taknya kadang2 dari pg sampai mlm duk cari ayam takkan nk main2 lak..membazir masa je nanti.skarang ni tangkap serius terus.haha..ha.  Ni dah genap sebulan aku berkecimpung dalam bidang ternakan ayam kampung ni,,macam2 dah aku hadapi tapi aku berpegang pada pepatah Alang2 Menyeluk Pekasam Biar Sampai Kepangkal Lengan..
Alhamdullilah...skrang ni ayam aku kalau nk dikira nyawa ada ar dalam 200 ekor..ye ar bru sebulan aku belajar bertatih..dah kira ok ar tu pada aku.tp akhir2 ni ibu2 ayam aku kurang sikit bertelur,napa tah.mungkin silap setting makanan kot atau reban aku yang patut kena buat pengubahsuaian lg..mungkin ar.banyak lg yang aku kena belajar ni,cuma masa yang terlalu singkat aku rasa sekarang ni..ye ar masa aku tuk sama nagan ayam2 aku cuma petang je,hari mggu je lebih sikit..tu kalu tak pi mana2.skarang ni pun dah lama tak balik kg mertua,,tp syukur pada tuhan sb isteri dan anak aku memahami kesibukan ku.heehe..
        gambar yang sempat aku masukan untuk jamu mata,yang lain tak sempat..ada masalah teknikal sikit.

                                                                                                                                                

Tuesday, May 11, 2010

Sedikit untuk tatapan umum......


ni antara gambar reban aku yang tak seberapa sangat,maklum lah bukan pandai sangat bertukang pun...kat bawah ni pula ayam2 yang aku kumpul untuk di jadikan induk

Friday, May 7, 2010

Ayam oh ayam...

                                   
yang ni tengah syok mengeram... he he ..

Tuesday, May 4, 2010

Panduan untuk aku kongsikan ...

hai, memandangkan blog ni masih baru jadik kat sini aku kongsikan sedikit panduan yang aku  sendiri gunapakai atau praktikkan untuk reban aku.Maklumat ini aku ambil dari blog harizamrry.wordpress..memandangkan byk lagi yg aku kena belajar cara2 nak ternak ayam kg ni..segala teguran dan pandangan dari otai2 ayam kg ni amat aku hargai.sebenarnya kalau nk ikutkan daripada kecik lg aku dah bela ayam kg ni,tapi bila dah ternak banyak macam pening jugak lah kepala ni..,tp semua ni aku anggap sebagai pembakar semangat aku. 

PANDUAN MENTERNAK AYAM KAMsPUNG SECARA KECIL-e KECILAN


Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang  dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG
Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;

  • Telur dan daging untuk makanan keluarga
  • Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
  • Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.

KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG

  • Boleh dibiakkan sepanjang tahun
  • Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
  • Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
  • ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
  • Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.




SISTEM PERUMAHAN

Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah
1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
gunakan peralatan makan/minum yang murah.


PEMAKANAN AYAM
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-

  • Makanan komersil/dagangan
  • Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)

Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet
Makanan Campuran atau Sisa Makanan
Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
Ikan baja dan lain-lain




PENGURUSAN
Pengurusan anak (1 hari – 4 minggu)

Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu


Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu – 22 minggu)

Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
Boleh dilepaskan pada siang hari
Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
Sediakan sarang bertelur
Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram


PEMBIAKAN

  1. Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
  2. 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
  3. Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
  4. Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
  5. Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.



KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT
Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-

  • Warisan
  • Pemakanan
  • Pengurusan
  • Persekitaran
  • Jangkitan


Langkah-langkah Pencegahan Penyakit

  1. Reban sentiasa bersih
  2. Anak ayam bebas dari penyakit
  3. Jauh dari ternakan dan haiwan lain
  4. Pelawat perlu dikawal
  5. Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
  6. Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
  7. Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.


Program Pencegahan penyakit

  • Umur 1 hari – Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
  • Umur 3 – 4 minggu – Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
  • Umur 6 – 8 minggu – Sampar ” S “


Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit


  1. Kurang nafsu makan
  2. Monyok dan tidak aktif
  3. Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
  4. Muka bengkak
  5. Berak cair atau berdarah
  6. Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.


JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM

  1. Sampar ayam (ND)
  2. Penyakit Gumboro (IBD)
  3. Puru
  4. Salmonellosis
  5. Pasteurellosis
  6. Lain-lain






Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.
Galeri Ayam Kampung

Pemasangan bidai bagi mengelakkan telor terkena air hujan.

Bangsal ternakan ayam kampung yang dibahagikan kepada tiga petak iaitu untuk induk ayam, anak ayam dan ayam dara (dewasa)

Pemasangan pagar tertutup bagi mengelakan kemasukan dan gangguan bintang buas

Anak ayam yang berumur 1 bulan

Anak ayam yang berumur 3 hari

Anak ayam diletakkan dibawah pemanas

  • Ayam yang berumur 2 bulan