Sunday, July 11, 2010

Untuk renungan bersama

    Assalamualaikum kepada semua teman2 yang sudi mengunjungi blog saya..rasa dah terlalu lama sangat tak mengaktifkan ruang catatan kat blog saya ni,sebenarnya nak dikatakan sibuk sangat tak lah juga..tapi seakan tak ada idea untuk nak bercerita..tapi apa2 pun saya sentiasa mengikuti perkembangan teman2 penternak sekalian..
     Sejak saya menceburkan diri dalam ternakan ayam kampung ni (dalam proses belajar lagi hehe..)baru saya tahu bertapa tingginya nilai ayam2 kampung ni dalam masyarakat kita hari ini..kalau dulu ayam2 kampung ni diternak oleh orang tua-tua hanya dalam bilangan yang kecil atau sekadar untuk tidak mahu membazirkan sisa2 makanan yang ada,sekarang dah ada generasi yang menternak ayam kampung secara komersial..alhamdullilah,satu perkembangan yang bagus,walaupun belum setaraf penternakan ayam2 pedaging yang kini masih dikuasai oleh bangsa lain,tapi sekurang-kurangnya kita dah mula mengorak langkah kearah yang lebih maju berbanding dahulu.Kini dah ramai dikalangan kita mampu mencipta mesin penetasan telur sendiri dan tak perlu lagi bergantung dengan bantuan orang lain dan khususnya ibu2 ayam itu sendiri  untuk mendapatkan benih anak2 ayam kampung.Boleh dikatakan rata2 kawan2 kita yang menternak ayam kampung hari ini mempunyai incubator sendiri samada buatan sendiri mahupun di beli daripada rakan2 ternak yang lain.Dengan ini dapatlah kita mengurangkan sedikit masalah kekurangan bekalan anak2  ayam kampung,secara tidak langsung satu masalah dapat di atasi.
    Jika teman2 sekalian perhatikan ada kawan2 kita yang menyeru agar dibentukkan satu persatuan untuk penternak ayam2 kampung khususnya orang melayu supaya dapat kita semua mengatasi masalah2 yang dihadapi oleh penternak2 hari ini secara bersama,di sini saya secara individu ada sedikit setuju dengan cadangan tersebut,memandangkan satu keperluan yang amat penting dalam kita menternak ayam kampung hari ini..iaitu bekalan makanan.Jika sekarang ni harga makanan melambung tinggi,tidak mustahil ianya akan menjadi lebih tinggi lagi satu hari nanti disebabkan makin bertambah bilangan penternak dan bekalan ayam kampung semakin meningkat.Namun jika masalah makanan ayam yang kita perlukan setiap hari ni untuk ternakan kita ini tidak dapat di atasi,mungkin bilangan kawan2 kita yang menternak ayam kampung hari ini khususnya orang melayu kita pun akan berkurang satu hari nanti dek kerana tak mampu menanggung kos yang terlalu tinggi,dan munking juga bangsa lain yang akan mengambil alih tapak yapng asalnya kita bina..
     Oleh itu sama2 lah kita pikirkan cara yang terbaik untuk menangani permasalah ini,dan jangan lah kita mengharapkan ayam2 yang kita ternak hanya memakan sisa-sisa makanan dari restoran atau kantin sahaja walaupun untuk mengekalkan ciri2 keaslian yang ada pada ayam itu kerana ianya sekadar makanan sampingan dan tak akan mampu untuk menampung dalam kuantiti ternakan yang banyak.Harapan saya agar ada diantara kita yang mampu mencipta satu altenatif pemakanan untuk ayam kampung yang hampir sama dengan keperluan asal dalam pemakanan ayam kampung di samping dapat mengekalkan keasliannya.(Sekadar pendapat saya yang baru belajar menternak..hehe)                         

Sunday, June 6, 2010

Petua..

Salam..
      Dah seminggu tak update blog ni,bukan tak ada cerita untuk dikongsikan tapi cerita biasa2 je tak menarik sangat.hee.sebenarnya dua,tiga hari ni sibuk sikit sebab tu tak sempat nak bercerita ni..tp saya tetap mengikuti perkembangan2 terkini kawan2 semua tentang ayam2 masing-masing..banyak yang saya baca mengadu masalah penyakit sampar,takut juga saya..dah lah baru2 ni byak anak2 saya yang mati sebab sakit mata..tiba2 dengar masalah sampar pulak.apa2 pun syukur sebab anak2 saya dah kembali sihat walaupun tinggal beberapa kerat je daripada jumlah asal,tapi tu semua pengajaran buat saya yang baru belajar ni.pada semua otai2 yang banyak membantu saya dalam masalah anak ayam tempoh hari,terima kasih bebanyak.
     Rutin harian kat reban macam biasa je,cuma sekarang ni cuaca tak berapa elok sangat sebab hujan sebelah petang..jadi  banyak perkara yang perlu di beri perhatian,maklumlah nak bagi ayam2 ni duk dalam keadaan selesa sikit.takut nanti timbul masalah yang penyakit pulak,dah lah banyak ibu2 yang baru dibeli masuk kat reban tu,hujan pulak..tambah lak sesak tempat tu.jadi kena lah beri perhatian lebih sikit. dalam duk beli ayam2 sempat lah jugak tanya orang2 tua kat kampung2 tu pasal ubat2 ayam ni..dapat tambah ilmu sikit,ada yang cakap kalau nampak ayam macam tak berapa sihat,ambil kunyit tumbuk2 bagi hancur pastu campur dengan nasi bagi ayam makan,insyaallah sihat..tp sejauh mana kebenarannya saya pun tak tahu sebab belum cuba lg..ada yang juga yang cakap amalkan selalu rendam batang bakawali dalam air minum bagi ayam2 tahan daripada penyakit.sama2 lah kita mencuba. hari ni saya buat operasi membersih reban..hehe,sebelum hujan turun baik kita sapu bersih dulu taklah nanti air bertakung campur dgn sampah..ni pun satu petua jugaklah kot ,ada kawan cakap kat saya untuk nak bagi hilang hama2 kat dalam reban tu,amalkan kalau boleh setiap petang sapu  sampah yang bercampur dgn tahi2 ayam kat dalam reban,kemudian bakar kat dalam tu jugak kalau boleh biar asap banyak..masukkan cili kering sekali kalau boleh..tambah power sikit.hehe bagi hamba2 tu mati..tapi jangan lak sampai terbakar reban tu,agak2 lah kan.saya dah cuba,bukan setakat hama..saya pun tak tahan,agaknya sebab cili kering tu lah kot..sampai terbatuk2.saya harap petua ni dapat kita sama2 amalkan sebagai salah satu alternatif kita dalam penternakan ayam kampung ni.sekian...

Wednesday, May 26, 2010

Terima kasih otai2 ayam

 Salam,
           Sebenarnya sejak sya menerjunkan diri dalam bidang ternakan ayam ni,jadual hidup harian saya byk berubah..jadi penuh pulak jadual,pg kerja..ptg pulak kerja lg ngan ayam2..hehe.walaupun penat dan masa yg ada terasa terlalu singkat tapi semua tu rasa terbayar bila apa yang diusahakan selama ni dah mula nak mengeluarkan bunga2 hasil,belum keluar buah lg.hehee.betul la  cakap otai2 kita yang dah lama dalam bidang ni,sebelum kita terjun dalam reban ayam...bukan reban ar,maksud sya terjun dalam bidang ternakan ayam ni,tak kira ar ayam kampung ori atau kacuk..kita kena kenal dulu diri sendiri,apakah sanggup untuk menghadapi dugaan yang bakal kita redah di hadapan..bersediakah mental dan fizikal kita untuk menjadi penternak ayam? sekarang baru saya faham semua tu,tak semudah yang dirancangkan..namun berpantang undur sebelum kalah..cewahhh...
        Hari sabtu lepas sya dikunjungi kenalan baru,kira otai jugak lah bro kita ni..pg2 buta terima sms cakap dah ada kat area tempat sya,terkejut beruk jugak ar,tiba2 cakap dah sampai kan,tak ada lak inform apa2 sebelum tu..heehe sebenarnya terkejut campur dgn segan sebab saya ada janji pasal ayam dengan dia sebelum ni,tp bekalan tak berapa nak cukup lg.Takut jugak kena marah kan..tapi kawan kita ni cukup baik orangnye..nasib baik dia dah kutip ayam2 kat tempat lain dulu.kalu tak malu jugak sya..borak2 dengan otai kita ni,banyak jugak ar ilmu yang saya dapat..terima kasih bebanyak bro,kalau sudi biz datang lah lagi lain kali.heehe,gurau2 je bro..Alhamdullilah syukur,setelah saya ceritakan masalah  penyakit anak2 ayam saya ramai otai2 yang  sudi membantu dan memberi kaedah2 yang sepatutnya untuk penjagaan anak2 ayam ni..ilmu ni takkan dapat kalau tak kerana jaringan blog ni..apa yang di terima telah di pratikan,harap2 dapatlah membantu sedikit sebanyak mengurangkan kadar kematian anak2 ayam tu..Semalam sya terus jd doktor haiwan yg tak di iktirf..hehe.he, habis ayam2 sya suntik vaksin,tak leh nak buat keja tu sorang2..mana nak tangkap ayam,nak suntik ayam lagi terpaksa ar ajak member bantu sorang,nasib ar mamat tu free,kalu tak letih lah nak buat semua tu.Petang lak buat lagi satu reban kecik (broder untuk anak ayam yg sakit )..bukan main penat lagi sampai tak sedar rupanya belum makan tenghari lg..kuat sangat kerja nya..heehe..selang kurang lebih 3 jam lepas saya inject  anak2 tu,.saya bagi plak Neo TM macam yang saudara epul cakap tu,anak2 ayam yg nampak kurang seronok di pandang tu terus saya kurantim dalam broder suku kat luar reban,asingkan jauh sikit ngan yg lain takut jangkit lagi..lepas saya buat semua tu,alhamdullilah dah nampak banyak perubahan sikit,kurang sikit yg mati..bru lega sikit rasanya.terima kasih bebanyak abg epul..harap2 lepas byk lg ar ilmu yng sudi dicurahkan,semoga ilmu yg di berikankan dapat dimanfaat oleh semua penternak2 lain..
                                                                                    

Friday, May 21, 2010

Dugaan....

   Salam buat semua bloger2 ayam kampung..dah lama sya tak update blog ni,bukan tak nak update sebenarnya..maklumlah orang baru kan jadi tak tahu apa yang nak di ceritakan .tapi syukur alhhamdullilah sebab bila saya buka blog ada ramai juga yg sudi mengikuti perkembangan dan tak kurang juga yang memberi kata perangsang untuk saya terus maju lg dalam bidang ternakan ayam kampung ni,terima kasih banyak semua.dalam saya duk tengok blog2 otai2 yang dah lama ni kan,..best2 je post masing2,teringin jugak nk jadikan blog saya ni satu laman yang tak menjemukan pengunjung  yang membacanya..tapi bila nk start create je kepala mula pusing2 cari idea tak datang2..hehe,masa sekolah dulu suka sangat buat karangan,tapi sekarang ni hampeh.agaknya sebab dah lama sangat tak berkarya kot (hehe..konon ar tu).lagi pun saya ni bukan ulat buku yang duk melekat je ngan buku,tak minat sangat.
  sebenarya ada cerita yang ingin saya kongsikan ni,dan saya amat berharap lah bantuan drpd otai2 yang mungkin dah menempuh dugaan yang saya tgh hadapi skarang ni, masalah pertama saya kematian anak2 ayam kesayangan sya dah berusia lingkungan sebulan lebih akibat penyakit yang saya sendiri buntu..yelah orang baru kan,mana lah taahu sangat pasal penyakit2 ayam ni.mula2 anak2 ayam ni monyok je,pastu mata start berair..sya pun pergi klinik veterinar dia cakap anak2 ayam tu kena resdung.saya bagi ayam2 minum ubat resdung..siap suap sekor2 lg tu guna shring.pastu ada sekor dua yang mata mula membengkak dan ada yang selamat jalan pun.esoknya pulak makin byak yang mati,saya dah start gelabah..ye ar apa tak nya,sayang tu..bukan dapat free anak2 ayam tu.pening dah kepala otak ni tak tahu nak buat mcm mana lg sebab makin banyak yang mati ni..reban saya dah bersih semua,tak jadi apa jgak..dalam duk termenung pikir2 apa yang patut dan perlu di buat ni,ada la sorang member call,kira otai jugak ar dia ni..sya pun cerita masalah anak2 ayam sya ni.dia cakap mungkin anak2 ayam ni terkena serangan hama,sebab anak ayam punya antibodi tak kuat lg tuk nak lawan penyakit ni..bila sya pikir2 mungkin ada betul jugak apa yang member cakap tu sebab kebelakangan ni saya duk perhati banyak hama kat reban sya..mungkin di sebabkan oleh ibu2 yang kena penyakit  gila mengerang kot,sebab sebelum ni tak ada...tp bila sentuh je ibu2 yang gila mengerang tu..haa tu dia merayap2 hama tu kat tangan sya..sya pun start operasi bersepadu membersihkan reban ayam dan memasukkan ibu2 yang gila mengerang tadi ke pusat pemulihan..hehe.dengan kotak2 telur skali sya tanggalkan.
Oleh tu sya harap  teman2 yg kat luar tu sudi membantu sya menyelesaikan masalah sya ni..bagi ar tips2 kalau ada kan..mana tau dapat selesaikan masalah penyakit anak ayam dan hama ni kan. 



Saturday, May 15, 2010

Sebulan yang berlalu......

 Tima kasih ar pada smua yg sudi jenguk blog aku yg serba kekurangan ni hee..he..bila aku duk termenung kat reban petang2,terfikir jugak kat kepala ni bertapa jauhnye aku ketinggalan ngan penternak2 lain yg dah advance..aku pulak baru nk belajar ternak..tp ada bagusnye jugak kurang2 dpt lah aku timba ilmu dari otai2 yang dah pro ni..skrang ni bru aku tahu susah payah nk bela ayam kampung ni. mula2 ingat nk main suka2 je petang2,skarang dah timbul semangat lain plak....ye ar apa taknya kadang2 dari pg sampai mlm duk cari ayam takkan nk main2 lak..membazir masa je nanti.skarang ni tangkap serius terus.haha..ha.  Ni dah genap sebulan aku berkecimpung dalam bidang ternakan ayam kampung ni,,macam2 dah aku hadapi tapi aku berpegang pada pepatah Alang2 Menyeluk Pekasam Biar Sampai Kepangkal Lengan..
Alhamdullilah...skrang ni ayam aku kalau nk dikira nyawa ada ar dalam 200 ekor..ye ar bru sebulan aku belajar bertatih..dah kira ok ar tu pada aku.tp akhir2 ni ibu2 ayam aku kurang sikit bertelur,napa tah.mungkin silap setting makanan kot atau reban aku yang patut kena buat pengubahsuaian lg..mungkin ar.banyak lg yang aku kena belajar ni,cuma masa yang terlalu singkat aku rasa sekarang ni..ye ar masa aku tuk sama nagan ayam2 aku cuma petang je,hari mggu je lebih sikit..tu kalu tak pi mana2.skarang ni pun dah lama tak balik kg mertua,,tp syukur pada tuhan sb isteri dan anak aku memahami kesibukan ku.heehe..
        gambar yang sempat aku masukan untuk jamu mata,yang lain tak sempat..ada masalah teknikal sikit.

                                                                                                                                                

Tuesday, May 11, 2010

Sedikit untuk tatapan umum......


ni antara gambar reban aku yang tak seberapa sangat,maklum lah bukan pandai sangat bertukang pun...kat bawah ni pula ayam2 yang aku kumpul untuk di jadikan induk

Friday, May 7, 2010

Ayam oh ayam...

                                   
yang ni tengah syok mengeram... he he ..