Assalamualaikum kepada semua teman2 yang sudi mengunjungi blog saya..rasa dah terlalu lama sangat tak mengaktifkan ruang catatan kat blog saya ni,sebenarnya nak dikatakan sibuk sangat tak lah juga..tapi seakan tak ada idea untuk nak bercerita..tapi apa2 pun saya sentiasa mengikuti perkembangan teman2 penternak sekalian..
Sejak saya menceburkan diri dalam ternakan ayam kampung ni (dalam proses belajar lagi hehe..)baru saya tahu bertapa tingginya nilai ayam2 kampung ni dalam masyarakat kita hari ini..kalau dulu ayam2 kampung ni diternak oleh orang tua-tua hanya dalam bilangan yang kecil atau sekadar untuk tidak mahu membazirkan sisa2 makanan yang ada,sekarang dah ada generasi yang menternak ayam kampung secara komersial..alhamdullilah,satu perkembangan yang bagus,walaupun belum setaraf penternakan ayam2 pedaging yang kini masih dikuasai oleh bangsa lain,tapi sekurang-kurangnya kita dah mula mengorak langkah kearah yang lebih maju berbanding dahulu.Kini dah ramai dikalangan kita mampu mencipta mesin penetasan telur sendiri dan tak perlu lagi bergantung dengan bantuan orang lain dan khususnya ibu2 ayam itu sendiri untuk mendapatkan benih anak2 ayam kampung.Boleh dikatakan rata2 kawan2 kita yang menternak ayam kampung hari ini mempunyai incubator sendiri samada buatan sendiri mahupun di beli daripada rakan2 ternak yang lain.Dengan ini dapatlah kita mengurangkan sedikit masalah kekurangan bekalan anak2 ayam kampung,secara tidak langsung satu masalah dapat di atasi.
Jika teman2 sekalian perhatikan ada kawan2 kita yang menyeru agar dibentukkan satu persatuan untuk penternak ayam2 kampung khususnya orang melayu supaya dapat kita semua mengatasi masalah2 yang dihadapi oleh penternak2 hari ini secara bersama,di sini saya secara individu ada sedikit setuju dengan cadangan tersebut,memandangkan satu keperluan yang amat penting dalam kita menternak ayam kampung hari ini..iaitu bekalan makanan.Jika sekarang ni harga makanan melambung tinggi,tidak mustahil ianya akan menjadi lebih tinggi lagi satu hari nanti disebabkan makin bertambah bilangan penternak dan bekalan ayam kampung semakin meningkat.Namun jika masalah makanan ayam yang kita perlukan setiap hari ni untuk ternakan kita ini tidak dapat di atasi,mungkin bilangan kawan2 kita yang menternak ayam kampung hari ini khususnya orang melayu kita pun akan berkurang satu hari nanti dek kerana tak mampu menanggung kos yang terlalu tinggi,dan munking juga bangsa lain yang akan mengambil alih tapak yapng asalnya kita bina..
Oleh itu sama2 lah kita pikirkan cara yang terbaik untuk menangani permasalah ini,dan jangan lah kita mengharapkan ayam2 yang kita ternak hanya memakan sisa-sisa makanan dari restoran atau kantin sahaja walaupun untuk mengekalkan ciri2 keaslian yang ada pada ayam itu kerana ianya sekadar makanan sampingan dan tak akan mampu untuk menampung dalam kuantiti ternakan yang banyak.Harapan saya agar ada diantara kita yang mampu mencipta satu altenatif pemakanan untuk ayam kampung yang hampir sama dengan keperluan asal dalam pemakanan ayam kampung di samping dapat mengekalkan keasliannya.(Sekadar pendapat saya yang baru belajar menternak..hehe)
Sunday, July 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment