Sunday, June 6, 2010

Petua..

Salam..
      Dah seminggu tak update blog ni,bukan tak ada cerita untuk dikongsikan tapi cerita biasa2 je tak menarik sangat.hee.sebenarnya dua,tiga hari ni sibuk sikit sebab tu tak sempat nak bercerita ni..tp saya tetap mengikuti perkembangan2 terkini kawan2 semua tentang ayam2 masing-masing..banyak yang saya baca mengadu masalah penyakit sampar,takut juga saya..dah lah baru2 ni byak anak2 saya yang mati sebab sakit mata..tiba2 dengar masalah sampar pulak.apa2 pun syukur sebab anak2 saya dah kembali sihat walaupun tinggal beberapa kerat je daripada jumlah asal,tapi tu semua pengajaran buat saya yang baru belajar ni.pada semua otai2 yang banyak membantu saya dalam masalah anak ayam tempoh hari,terima kasih bebanyak.
     Rutin harian kat reban macam biasa je,cuma sekarang ni cuaca tak berapa elok sangat sebab hujan sebelah petang..jadi  banyak perkara yang perlu di beri perhatian,maklumlah nak bagi ayam2 ni duk dalam keadaan selesa sikit.takut nanti timbul masalah yang penyakit pulak,dah lah banyak ibu2 yang baru dibeli masuk kat reban tu,hujan pulak..tambah lak sesak tempat tu.jadi kena lah beri perhatian lebih sikit. dalam duk beli ayam2 sempat lah jugak tanya orang2 tua kat kampung2 tu pasal ubat2 ayam ni..dapat tambah ilmu sikit,ada yang cakap kalau nampak ayam macam tak berapa sihat,ambil kunyit tumbuk2 bagi hancur pastu campur dengan nasi bagi ayam makan,insyaallah sihat..tp sejauh mana kebenarannya saya pun tak tahu sebab belum cuba lg..ada yang juga yang cakap amalkan selalu rendam batang bakawali dalam air minum bagi ayam2 tahan daripada penyakit.sama2 lah kita mencuba. hari ni saya buat operasi membersih reban..hehe,sebelum hujan turun baik kita sapu bersih dulu taklah nanti air bertakung campur dgn sampah..ni pun satu petua jugaklah kot ,ada kawan cakap kat saya untuk nak bagi hilang hama2 kat dalam reban tu,amalkan kalau boleh setiap petang sapu  sampah yang bercampur dgn tahi2 ayam kat dalam reban,kemudian bakar kat dalam tu jugak kalau boleh biar asap banyak..masukkan cili kering sekali kalau boleh..tambah power sikit.hehe bagi hamba2 tu mati..tapi jangan lak sampai terbakar reban tu,agak2 lah kan.saya dah cuba,bukan setakat hama..saya pun tak tahan,agaknya sebab cili kering tu lah kot..sampai terbatuk2.saya harap petua ni dapat kita sama2 amalkan sebagai salah satu alternatif kita dalam penternakan ayam kampung ni.sekian...

No comments:

Post a Comment